aying mata buaya Nayirah - fitnah basar yg dicetuskan ulih Kuwait ke atas Irak


... salah satu penipuan/fitnah yg paling dahsyat dalam sejarah perang Kuwait/Irak dan campur tangan amerika (george w bush presiden ke-43 amerika) ... pd 22 Rabiulawal, 1411H (11 Oktober, 1990) seurang gadis bernama Nayirah berusia 15 taun membuat testimoni dengan linangan aying mata yg disiarkan di rangkaian ABC nightline dan NBC nightline news. Testimoninya atu berbunyi: "Iraqis are beating people, bombing and shooting.  They are taking all hospital equipment, babies out of incubators. Life support systems are turned off. They are even removing traffic lights. The Iraqis are beating Kuwaitis, torturing them, knifing them, beating them, cutting their ears off if they are caught resisting or are with the Kuwaiti army or police." (dipetik dari lapuran st. Louis Post-Dispatch) ... tapi semua ani adalah cerita² rekaan dan fitnah utk menyukong tindakan pentadbiran bush sebagai justifikasi (bukti sukongan) utk terlibat dalam perang Teluk (the Gulf wars). Nayirah telah diperalatkan ulih pentadbiran bush dan keluarga Diraja Kuwait. Nayirah yg telah dirahsiakan nama sebenarnya ulih congressional human rights caucus pd 10 Oktober, 1990 adalah anak duta besar Kuwait ke amerika syarikat dan kerabat Diraja Kuwait. Diya adalah anak Saud Nasir al-Sabah. Ketika testimoni atu dirakamkan, ayahnya berdiri di sebalah Nayirah. Testimoni atu telah dirancang dengan teliti sebagai salah satu rancangan kempen citizens for a Free Kuwait yg diaturkan uleh firma perhubungan awam hill & knowlton. Kerajaan Kuwait telah mengeluarkan dana yg basar utk membiayai kempen tersebut dengan mengupah 20 firma perhubungan awam dan guaman. Hill & knowlton menjadi perancang utama semua penipuan yg dilakukan utk memulakan perang ke atas Irak dengan bayaran yg dikanakan sebanyak USD10.8 Juta. Lakunan Nayirah yg mampu menitiskan aying mata penduduk duniya hingga mengerakkan amerika syarikat menghantar bala tenteranya ke Irak berakhir dengan kehancuran. Begitulah bagaimana negara Kuwait sanggup menjadi tali barut pihak musuh sehingga menghancurkan saudara seislamnya. Semua ani adalah satu pengajaran apa yg berlaku di Gaza, Palestine dimana ketua² negara Arab menjalin hubungan dengan amerika/israel dan proksi²nya demi kepentingan duniya dan melupakan Allāh SWT!! Tapi durang lupa, Allāhlah Yang Maha Berkuasa dan akhirnya segala tipu muslihat durang terbungkar!!? 


sumber: Majalah al-Islam

Comments

  1. ani tah fitnah dan propaganda yg sangat berbahaya!!? akhlak makin merosot, asal dapat apa yg dimau tanpa memikirkannya ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog